KUALA LUMPUR: Nilai eksport sektor agrikomoditi negara tahun ini diunjur meningkat sebanyak 34% kepada RM204 bilion berbanding RM152 bilion pada tahun lalu seiring dengan peningkatan harga sawit di pasaran, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin.
Sehingga Ogos lalu katanya, nilai eksport sektor agrikomoditi mencapai RM137.4 bilion dan subsektor sawit pula mencatatkan nilai eksport tertinggi iaitu sebanyak RM63.7 bilion.
“Dalam keadaan pandemik COVID-19, komoditi dalam negara menunjukkan peningkatan dari segi hasil walaupun keadaan ekonomi dalam negara serta seluruh dunia terhalang.
"Fokus sekarang tertumpu kepada komoditi sawit," katanya selepas melancarkan Keluarga Malaysia: Minggu Agrikomoditi 2021, pada Rabu.
Zuraida berkata, sawit merupakan penyumbang terbesar kepada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) daripada segi pendapatan kepada negara dan menunjukkan trend yang baik dengan harganya ketika ini mencapai tahap paling tinggi dalam sejarah iaitu mencecah RM5,000 satu tan.
Katanya, seramai 32,000 pekerja asing dari Indonesia akan dibawa masuk ke negara ini khusus untuk bekerja di sektor perladangan sawit dengan kumpulan pertama pekerja dijangka tiba pada pertengahan bulan depan.
“Kemasukan pekerja asing ini adalah khusus untuk kerja-kerja penuaian.
"Jika tiada pekerja asing bekerja di ladang, ia akan jadi kerugian kepada negara dengan anggaran kerugian adalah dalam RM30 bilion,” katanya.
Semalam, Zuraida dilaporkan berkata prosedur operasi standard (SOP) yang ketat akan disediakan kerajaan sebelum Malaysia menerima 32,000 pekerja asing dalam sektor perladangan sawit.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 22 Okt lepas berkata Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 telah meluluskan SOP kemasukan pekerja asing.
“Sekarang SOP pekerja ini sedang diselaraskan dan kos-kos seperti penginapan, pengangkutan dan kuarantin untuk pekerja warga asing ini adalah sepenuhnya ditanggung oleh majikan," kata Zuraida.
Sempena Minggu Agrikomoditi 2021 selama lima hari bermula hari ini, Zuraida melancarkan sebuah bas milik Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara yang komponennya diperbuat daripada gentian kenaf.
Turut dilancarkan adalah produk single-origin coklat berkhasiat oleh Lembaga Koko Malaysia dan program secara maya iaitu MySawit Day oleh Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan TimberReality oleh Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC).
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Thu Oct 28 2021
Zuraida berkata, sawit merupakan penyumbang terbesar kepada KPPK daripada segi pendapatan kepada negara dan menunjukkan trend yang baik. -Dagang News
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Kiriman wang ke luar negara ceriakan sambutan Aidilfitri
Pasaran kiriman wang masuk antarabangsa di Malaysia meningkat 2.9 peratus pada 2022 untuk mencapai AS$1.63 bilion.
Industri sawit terjejas selepas pembekuan kuota pengambilan pekerja asing
Industri sawit terjejas dan menghadapi masalah untuk mengupah pekerja asing selepas kerajaan membekukan kuota pengambilan pekerja asing.
Tiga ejen pembantu rumah ditahan, eksploitasi wanita Indonesia
Operasi itu dijalankan sepasukan Unit Risikan Operasi, Bah
Verifikasi pekerja asing: Hanya 65 peratus majikan berbuat demikian - JIMNS
Majikan yang belum melakukannya digesa segera berbuat demikian dan lebih proaktif terhadap perkara itu kerana program berkenaan akan tamat pada 31 Mac ini.
Tarikh akhir pengambilan pekerja asing bagi program rekalibrasi kekal- Saifuddin
Tarikh akhir pengambilan pekerja asing menerusi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 yang akan berakhir pada 31 Mei dikekalkan atas faktor keselamatan negara.
KDN, KESUMA dicadang beri urusan pengambilan pekerja binaan asing kepada CLAB - Ahmad Maslan
KDN dan KESUMA dicadangkan supaya pengambilan pekerja asing untuk industri binaan, diuruskan sepenuhnya oleh CLAB.
Imigresen tahan 14,361 pendatang tanpa izin setakat 23 Feb
Jabatan Imigresen (JIM) telah menjalankan 2,528 operasi bermula 1 Jan hingga 23 Feb lepas dengan penahanan 14,361 pendatang tanpa izin.
Mapa bimbang perubahan dasar pemeriksaan perubatan pekerja asing
Majikan dalam pertubuhan perladangan bukan sahaja kecewa tetapi juga kesal dengan perubahan berkaitan keperluan baharu itu, daripada pemeriksaan perubatan tiga tahun kepada tahunan.
Pemaju, kontraktor, pengilang di Johor diarah selesai isu penempatan pekerja asing
Kerajaan Johor mengarahkan pemaju dan kontraktor serta pengilang di seluruh negeri itu, untuk menyelesaikan isu penempatan pekerja asing.
Pembekuan pengambilan pekerja asing dilanjutkan - Saifuddin
Keputusan berapa lama pembekuan itu akan dilanjutkan akan ditentukan oleh pihaknya dan Kementerian Sumber Manusia dalam masa terdekat.